Khamis, Oktober 16, 2008

Sekolah Revolusi Malaya (bermula hari ni!)

Bosan dengan kelas sejarah di bilik darjah sekolah?

Bengang dengan kandungan pembelajaran sejarah yang tak cerita pasal sejarah perjuangan revolusi rakyat?

Tensyen dengan cikgu-cikgu sejarah yang tak cukup radikal dan membosankan?



Mendaftarlah sekarang ke
SEKOLAH REVOLUSI MALAYA di Emergency Festival!
11 siri kelas percuma tentang Sejarah Radikal Malaysia.

Fahmi Reza (pengarah 10 Tahun Sebelum Merdeka & Revolusi '48) akan menceritakan sejarah tersembunyi Revolusi Malaya dalam 11 sesi kuliah dengan bantuan gambar sejarah, video arkib, video temubual, lagu revolusioner dan macam-macam lagi lah benda-benda yang best. Setiap hari dengan topik yang berbeza tentang Revolusi Malaya 1948-1957.

Khas untuk mereka yang ingin memahami episod sejarah dokumentari Revolusi '48 dengan lebih mendalam. Turut disertakan: 'deleted scenes' dari Revolusi '48!

Setiap sesi kelas terhad kepada 20 orang pelajar sahaja.

Kuliah dijalankan dalam Bahasa Malaysia.

Tarikh: 16-26 Okt 2008
Masa: Lihat jadual di bawah
Tempat: The Annexe Gallery, Central Market Annexe, KL

------------------------------------------------------------
Jadual waktu kelas Sejarah Radikal Malaysia Siri 1:
Revolusi Malaya 1948-1957
------------------------------------------------------------

Khamis, 16 Okt, 5-6 pm: Asal-usul revolusi
Jumaat, 17 Okt, 5-6 pm: Perang Pembebasan Nasional Malaya
Sabtu, 18 Okt, 2-3pm: Program Republik Demokratik Rakyat Malaya
Ahad, 19 Okt, 2-3 pm: Ideologi revolusioner
Isnin, 20 Okt, 6:30-7:30 pm: Hartal Se-Malaya
Selasa, 21 Okt, 5-6 pm: Propaganda & lagu revolusioner
Rabu, 22 Okt, 5-6 pm: Strategi perang gerila Malaya
Khamis, 23 Okt, 5-6 pm: Mangsa2 revolusi
Jumaat, 24 Okt, 5-6 pm: Counter-revolution
Sabtu, 25 Okt, 2-3pm: Tokoh Revolusi (dengan tetamu istimewa)
Ahad, 26 Okt, 2-3pm: Pembebasan Malaya (dengan tetamu istimewa)

7 ulasan:

Muhammad Imran berkata...

memang kena daftar ke fahmi?tayangan pun ada had orang ke?

Fahmi Reza berkata...

Sebenarnya tak payah daftar. First come first served.

Tayangan ada had 50 orang. Pun tak payah daftar. Datang aje.

Dua2 free.

Muhammad Imran berkata...

sekolah takde yuran..haha
kalau pakai pagoda 10tahun, ada spesel x?haha

Oleh admin Bebas Malaysia berkata...

Jumaat nih wa datang..

Baru perasan ko letak jadual kelas sejarah nih.. ;P

Tanpa Nama berkata...

Semalam punya kelas ramai tak? kalau ramai, aku ingat nak datang awal.. semalam tak sempat datang, jalan sesak.hujan.

Fahmi Reza berkata...

Semalam tak ramai. 13 orang je pelajar. Datang lah hari ni!

m taufiq a aziz berkata...

maaf kelewatan. adakah barangkali akan diadakan lagi kelas ini? adakah cara saya boleh subscribe info aktiviti terkini yang memungkinkan saya dan kawan kawan turut serta

dari saya;
banshee_37vd@yahoo.com