Selasa, September 30, 2008

Revolusi '48 @ Emergency Festival!


Aku akan tayang Revolusi '48 buat pertama kali masa Emergency Festival! kat Annexe Gallery, Central Market, KL mulai Hari Hartal 20 Oktober 2008.

Tayangan FREE selama seminggu! Takde tiket takde cover charge. First come first served lah. Tempat terhad untuk 50 orang setiap hari.

Masa tayangan hari Khamis, 23 Oktober nanti aku rancang nak buat 'Director's Commentary' secara live serentak semasa filem ditayangkan. Maknanya aku akan bercakap & bercerita soal pembikinan filem, research yang aku buat, pasal pakcik2 yang ditemubual & macam2 lagi sambil korang tengok sedang menonton. Macam 'Bonus Special Features' dalam sesetengah movie DVD kat luar sanalah.

Selain filem Revolusi '48, ada macam2 program menarik masa Emergency Festival tu nanti macam teater 'Operasi Oktober' arahan Fahmi Fadzil dan 'New Village People & Pineapple Rice' arahan Hariati Azizan.

Disamping tu ada jugak pameran '12 Years' yang berkisar pasal sejarah Darurat di Malaya dari tahun 1948 hingga 1960 dari perspektif rakyat jelata.

Jadi kalau korang tak minat sejarah, sila lah jangan datang.

Tapi kalau nak datang jugak, klik sini untuk maklumat lanjut pasal Emergency Festival!
www.fiveartscentre.org

Isnin, September 29, 2008

Ahad, September 28, 2008

Tokoh Revolusi 4: Waimin


Nama sebenar: Hassan Salleh
Nama revolusi: Waimin
Umur: 81 tahun
Tempat lahir: Sg. Buluh, Mentakab, Pahang
Masuk revolusi: Julai 1948 (umur 21 tahun)
Pasukan gerila: Rejimen ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya
Gerakan politik: Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Pembela Tanah Air (PETA)

Jumaat, September 26, 2008

Tokoh Revolusi 3: Chou Tong


Nama sebenar: Au Heng Fong
Nama revolusi: Chou Tong
Umur: 78 tahun
Tempat lahir: Sg. Merbau, Tapah, Perak
Masuk revolusi: 20 Jun 1948 (umur 18 tahun)
Pasukan gerila: Rejimen ke-5 Tentera Pembebasan Nasional Malaya

Artikel dari Malaysian Today, 28 Ogos 2008

Artikel yang keluar dalam akhbar mingguan percuma, Malaysian Today sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan tahun ni. Klik pada gambar untuk besarkan imej dan baca.

Khamis, September 25, 2008

Download Trailer Revolusi '48



Source Format: mp4 (iPod compatible)
Resolution: 320x240
Size: 18.5MB

Klik sini untuk download trailer

Rabu, September 24, 2008

Tokoh Revolusi 2: Minah


Nama sebenar: Siti Norkiah binti Mahmud Baginda
Nama revolusi: Minah
Umur: 82 tahun
Tempat lahir: Serambik Luar, Raub, Pahang
Masuk revolusi: 20 Jun 1948 (umur 22 tahun)
Pasukan gerila: Rejimen ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya
Gerakan politik: Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

Tokoh Revolusi 1: Mamat


Nama sebenar: Liau Chin Sun
Nama revolusi: Mamat
Umur: 75 tahun
Tempat lahir: Kg. Kerayong, Triang, Pahang
Masuk revolusi: Awal tahun 1950 (umur 17 tahun)
Pasukan gerila: Rejimen ke-6 Tentera Pembebasan Nasional Malaya