Enam bulan lepas revolusi dilancarkan, iaitu pada 1 Februari 1949, tentera revolusi telah dirasmikan menjadi Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) dengan 8 Rejimen ditubuhkan di seluruh Malaya. TPNM kemudian bertambah menjadi 12 Rejimen, termasuklah Rejimen ke-10, pasukan bersenjata khas Melayu yang ditubuhkan di Pahang pada 21 Mei 1949.
Rejimen pertama - Selangor
Rejimen ke-2 - Negeri Sembilan
Rejimen ke-3 - Johor utara & Melaka
Rejimen ke-4 - Johor selatan
Rejimen ke-5 - Perak
Rejimen ke-6 - Pahang barat
Rejimen ke-7 - Terengganu & Pahang timur
Rejimen ke-8 - Kedah, Perlis & Penang
Rejimen ke-9 - Johor sentral
Rejimen ke-10 - Pahang selatan
Rejimen ke-11 - Pahang utara
Rejimen ke-12 - Kelantan & Perak utara
Lagu 'Kami Tentera Pembebasan Nasional' ini antara lagu2 revolusioner Rejimen ke-10 TPNM yang digubah oleh Mustafa Yahya dengan senikatanya oleh Johan semasa tempoh Perang Pembebasan Nasional Anti-British 1948-1957.
Audio lagu di bawah ni dinyanyikan oleh Pak Bulat tanpa iringan muzik, dirakam waktu sesi temubual untuk dokumentari Revolusi '48.
Kami Tentera Pembebasan Nasional
Kami Tentera Pembebasan Nasional
Selalu sedia untok membela nusa
Kalau musoh choba dekat menganchamkan ra'ayat
Biar bercherai badan dan nyawa untok pembebasan ra'ayat
Siapa berani choba menentang angkat tangan rampas senjata
Kami Tentera Pembebasan Nasional
Selalu bersiap bersedia bertempor
Biar tanah padang rumput berlumoran darah
Itulah kewajipan kami sebagai pembela ra'ayat
Biar negeri hanchor terbakar asal jangan dijajah lagi
Kami Tentera Pembebasan Nasional
Mara kehadapan di garisan muka
Siap menyerang musoh hingga hanchor lebor
Tentera Pembebasan Nasional chukop kuat semangat waja
Membentok Republik Ra'ayat kekal hidupnya abadi
8 ulasan:
hi babi komunis!!!! pi mampos dgn ajaran kafir tu!!
Revolusi tahun 48 tu bukan revolusi komunis, tapi revolusi kaum kiri yang tak rela dijajah untuk kemerdekaan tanah air. Mereka terdiri dari golongan nasionalis, sosialis, agama dan komunis.
Tapi mereka dicap oleh British sebagai pengganas. Sehingga sekarang, mereka masih disebut sebagai pengganas oleh orang yang buta sejarah.
Matlamat tidak menghalalkan cara. Majoriti orang Melayu Islam Malaya tak tergamak bersekongkol dengan komunis yang terang-terang anti agama, hanya disebabkan keinginan untuk merdeka. Hanya segelintir Melayu yang taksub dengan fahaman radikal sahaja terpedaya dengan propaganda komunis.
Banyak darah orang Melayu (awam/tentera/polis)mengalir kerana menentang/disembelih komunis. Perjuangan mereka membolehkan kita sekarang hidup dengan maju dan aman. Tidak dapat membayangkan bagaimanakah Malaysia hari ini jika diperintah komunis. Apakah kamu ingin memadamkan pengorbanan ribuan rakyat terdahulu hanya kerana meyanjung perjuangan segelintir golongan puak radikal yang bersekongkol dengan komunis?
Celik sejarah tidak sama dengan celik hati.
Perjuangan menuntut kemerdekaan disertai oleh pelbagai pihak dari pelbagai kaum dari pelbagai ideologi dari pelbagai kelas dari pelbagai latar belakang dengan pelbagai cara.
Sudah pasti ada yang kamu setuju, dan ada yang kamu tak setuju.
Penilaian yang kamu letakkan ke atas mereka yang menyertai perjuangan bersenjata untuk merdeka sebagai 'taksub dengan fahaman radikal' adalah tidak berasas. Memang mudah untuk menilai tindakan seseorang tanpa memahami konteks masa, keadaan, tempat dan zaman yang mereka lalui ketika ianya berlaku.
Menceritakan sejarah perjuangan bersenjata untuk merdeka bukanlah bererti memadamkan pengorbanan pihak2 yang lain. Ribuan rakyat telah terkorban di kedua2 belah pihak.
Tujuannya ialah untuk kita fahami sejarah perjuangan kemerdekaan kita bukanlah seringkas dan semudah yang kita pelajari 'tanpa tertumpah setitik darah', tetapi hasil dari perjuangan pelbagai pihak, termasuklah perjuangan Tentera Pembebebasan Nasional Malaya yang telah berjuang secara bersenjata.
Kamu sering mengguna pakai istilah Tentera Pembebasan Nasional Malaya (MNLA). Bukankah lebih mudah jika kamu terus merujuk kepada PKM kerana MNLA adalah cabang bersenjata PKM.
Saya risau jika golongan muda menganggap MNLA dan PKM adalah dari kelompok berbeza.
atau, adakah ini satu muslihat kamu supaya gologan muda terkeliru, lantas secara tidak sedar telah bersetuju dengan corak dan ideologi PKM.
Kesannya, golongan muda mungkin akan menganggap bahawa revolusi PKM adalah perjuangan rakyat yang sebenar, dan pada masa yang sama mereka yang menentang 'revolusi rakyat'PKM (kerajaan Malaya/askar Melayu) akan automatik dianggap sebagai kumpulan yang menindas 'rakyat'.
Tiada muslihat, tunggu saja dan tonton filem Revolusi '48 bila siap aku letak dalam Youtube nanti.
Tentang yang mana satu 'perjuangan rakyat yang sebenar', penilaian itu terletak pada perspektif para pembaca/penonton.
Golongan muda generasi kita sudah pandai berfikir secara terbuka dan membuat penilaian berdasarkan fakta dari pelbagai perspektif yang berbeza, seperti juga kamu.
sya rsa mreka jga adlah pjuang kmrdekaan tpi cra mreka brjuang brbza!mreka jga brjsa pda ngara kita!
tak payah kira dgn mamat ni, buang masa sj.. apa dia pjuangkn ntah, dok sibuk angkat petualang bangsa dan agama.. dpt funding belakang2 ke nk twist pemikiran org,,, berenti2 la buat keja bodo ni fahmi reza oii... lebih baik ko diam dri mgarut2..
Catat Ulasan