Kepada semua yang menunggu versi akhir filem Revolusi '48, harap bersabar. Aku tengah sibuk dengan kerja lain sekarang (kerja cari makan). Hanya lepas kerja tu selesai baru aku boleh sambung menyunting Revolusi '48. Aku hanya perlu edit semula beberapa bahagian dalam versi first draft, dan masukkan beberapa babak baru sebelum boleh dikeluarkan. Jangan risau, Revolusi '48 akan disebarkan secara percuma online, macam 10 Tahun Sebelum Merdeka dulu. Cuma belum pasti nak letak kat mana. Sila bagi cadangan cara terbaik untuk aku share filem ni online, selain dari Youtube dan bitTorrent.
Kalau kamu mahu diberitahu bila Revolusi '48 dah online nanti, sila hantar emel kepada revolusi48@gmail.com dengan tajuk "Aku mau revolusi".
Sebagai ganjaran kerana sabar menunggu, ini dia lagu tema Revolusi '48 nyanyian Black yang dicipta khas untuk filem ini.

22 ulasan:
percuma...phew!~~
aku nak cadangkan kalau boleh kau muatnaik jugak kat situs-situs muatturun langsung yang lain, seperti Megaupload, Deposit Files, Rapidshare dan sebagainya.
Terima kasih terdahulunya untuk dokumentari-dokumentari kau yang bermutu.
aku sokong segala usaha kau untuk menerbitkan edisi yang seterusnya,
kerna tugas yang yang dilakukan kau adalah sukar dan tak mungkin akan dilakukan oleh orang lain,
cuma apa yang pasti, aku mahu orang di atas sane tahu apa yang kau lakukan, dan seluruh rakyat malaysia umumnya..
http://keretatauhu.blogspot.com/
Salam Saudara,
Kalau boleh, harap dapat dikongsi melalui Google Video.
Terima kasih
tolonglah...jangan nak ubah sejarah..keje bodoh betul..
Sejarah tak diubah cuma sejarah dari pandangan pihak yang lain. kan dah diberitahu...pemuda Malaysia bukan keris je woi, dan jangan jadi dangkal. Kurang membaca sempit akal, kurang ilmu tu dungu....
aku salute kerja yg ko lakukan.. melihat dari sudut perspektif yg berlainan .. sumber yg ilmiah... apa2 pun yg org kata.. aku tetap sokong hasil karya ko.. pemuda malaysia tu berfikiran sempit.. kalau dia tuh pemuda malaysia sangat.. cuba la bukak minda luas2 dan tengok la dari sudut perspektif yg lain.. jgn jumut sangat.. totok ngan umno.. mcm tu la jadi nya...
Belajar kat uum, budak u tapi minda bukan macam budak u. budak u fikiran terbuka, pembacaan luas...setakat baca sejarah kat buku teks sekolah memang ko kata nak ubah sejarah. sejarah malaya bukan sekadar berlaku didalam malaya , faktor luaran, faktor dalaman. tu sebabnya jgn baca sejarah dalam buku teks sekolah je... baca sejarah dunia pada tahun 1945 - 1960, kaji apa sentimen ketika tu. "BUDAKU" konon...bab
spt husni sarankan, free filehosting menawarkan upload dan download secara percuma. utk rapidshare sebesar 200mb, megaupload pula sehingga 1gb! dan ada yg lain2 spt mediafire, divshare dan byk lagi.
Ish ish persepsi berbeza bukan bermaksud ubah sejarah.appara pemuda malaysia.sempit sungguh pandangan dia.i don't think dia dah tgk pon at the first place.
ko patut tulis buku teks la..ak x kesah klu anak2 aku terpakse blaja sejarah lebih pon...dapat tgk persepsi berbeza..
salam... bro... tumpang promote tee-shirt ya... =)
T-Shirt Kenangan PERISTIWA PERDANA BULAN MAC
(1) T-SHIRT ANTI PPSMI ( RM30 termasuk biaya pos )
(2) T-SHIRT JANGAN BUNUH BAHASA IBUNDA ( RM25 termasuk biaya pos )
(3) T-SHIRT SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK ( RM25 termasuk biaya pos )
(4) T-SHIRT KERANDA 152 ( RM25 termasuk biaya pos )
http://lantera-jiwa.blogspot.com/2009/03/t-shirt-kenangan-peristiwa-perdana.html
Aq akan tunggu karya mu saudara ku......
Sudah la Pemuda Malaysia.. apa kau ingat UMNO sahaja perjuang kemerdekaan? kau ingat UMNO perjuang kemerdekaan TULEN? sudah lah, otak tersepit minda pun sempit.....
Mana Revolusi48 ni? tak keluar2 pun?
atau tunduk kepada desakan PIHAK tertentu?
entahlah..
Yo, boleh kaitkan tak Revolusi 48 dengan Insurgensi 68? Memang depa ni nak tumbangkan British tapi awat British dah angkat kaki pun depa masih nak berjuang sampai 89?
Untuk keadilan baik sedara interview sekali penduduk hulu Perak, hulu Kedah dan Hulu Kelantan...juga bekas anggota tentera. Baru orang kata apa, 'the whole picture'?
revolusi 48? wakakakakak
revolusi apa kejadahya. revolusi bunuh org ke. x malu ke
bangang ke apa
ramai lagi rupenye manusia yang berfikiran sempit nie eh, tue la yang susah nak maju.
Tahniah kepada saudara Fahmi kerana keberanian saudara menerbitkan dokumentari2 seperti ini yang telah ditutup oleh pihak2 tertentu.
Harap revolusi dapat dilancarkan segera :)
www.mohdridzuan.com/vemma
salam bro...
nk tnye, bile revolusi nak kuar, lame da tggu nie dekat setaon. atau ade pihak2 tertentu yang da bagi warning?
share kat torrent adalah mesti...
BTW.. ALPHA, interview org hulu perak, hulu kelantan dan hulu kedah...? ko kenal Haji Bimma yg berasal dari baling?... di ni bomoh rejemen ke 10 masa tahun 70an... pernah sekali sorang bekas askar citer.. dlm satu operasi yg dia join... peluru yg askar tembak satu pun tak kena Rej 10 masa diaorg nampak hj Bimma ni tgh pegang lalang... dan macam mana peluru yg ditembak boleh masuk ke turrent meriam APC... bekas askar tu cakap.. diaorg ni bukan PKM tapi tumpang kemudahan PKM...
syabas...
sudah ramai yg buka mata..
darah anak2 semantan dan pejuang2 sebenar akan berbayar x lama lg..
igtkn aku ngan budak2 kg aku je tau cite2 gini dr atok nenek kitaorg...
bogel kan segala kepalsuan yg telah di momok2kn selama ini..
Ahhh!!!!..tertekan...bila nak kluar lagi nih....minda aku memerlukan revolusi!!!
Aku rasa bleh cari sukarelawan untuk menyediakan koleksi dvd-copy ke untuk citer nih...bleh bagi kat pemuda-pemudi, anak-anak, bapak-bapak yang mahu berfikir...mungkin tak banyak...tapi boleh diusahakan....kena kuat kerja cari orang la...kalau nak smart lagi...dvd disertakan dengan buku penerangan mengenai cerita didalam video...zaman dah moden,...tapi kalau benda nih dibuat...jangan la jual...tolong la jangan buat bisnes...!!
Catat Ulasan