Jumaat, Oktober 31, 2008

Review Revolusi48 di Malaysiakini

Amin Iskandar dari Malaysiakini telah menulis satu artikel pasal filem Revolusi '48.

Klik sini untuk baca: Membongkar Sejarah Revolusi '48

Rabu, Oktober 22, 2008

Review Revolusi48 di Diskopi

Tuju Malbaru dari blog Diskopi telah menulis satu artikel pasal filem Revolusi '48.

Klik sini untuk baca: Revolusi 48: Membakar Semangat Anak Muda!

Selasa, Oktober 21, 2008

Tayangan Revolusi '48 @ Emergency Festival

Foto oleh Sze Ning

Terima kasih bagi semua yang datang ke tayangan kat Annexe Isnin lalu. Bagi yang sudah menonton draf pertama Revolusi '48, sila tinggalkan komen dan kritikan kamu kat sini agar boleh membantu aku untuk menyusun semula dan memperbaiki filem ini. Bagi yang belum menonton, kamu ada sehingga hari Ahad, 26 Oktober untuk tonton draf pertama Revolusi '48 masa Emergency Festival kat Annexe Central Market.

Bagi orang di luar KL yang tak dapat datang ke tayangan, versi lengkap Revolusi '48 akan mula di Youtube kan dalam bulan November.

Jumaat, Oktober 17, 2008

SRM - Hari Pertama

Hari pertama Sekolah Revolusi Malaya (SRM) berjalan lancar. 13 orang pelajar datang ke kelas semalam pasal asal-usul Revolusi. Sekolah ni takde papan hitam atau whiteboard, jadi aku terus conteng atas dinding. Aku akan terus menconteng tiap2 hari masa kuliah sehingga dinding ni penuh dengan nota2 sejarah Revolusi Malaya!

Foto oleh Amanda
Foto oleh Grey

Kelas semalam kita bincangkan tentang struktur kelas dalam masyarakat, sistem order politik dan order ekonomi lama yang berubah dari bentuk feudal kepada kapitalisme kolonial, dan tradisi perjuangan, ideologi politik dan perkembangan sejarah sehingga tertubuhnya parti revolusioner pertama di Malaya, Parti Komunis Malaya (PKM) pada 30 April 1930.

Kemudian kita bincangkan 3 zaman revolusi yang dilalui oleh PKM:
Zaman Revolusi Pertama:
1930-1941: Perjuangan buruh bawah tanah
Zaman Revolusi Ke-2:
1941-1945: Perang Pembebasan Nasional Anti-Jepun
Zaman Revolusi Ke-3:
1945-1948: Perjuangan secara damai (United Front)

Kelas hari ni, Jumaat 17hb, kita akan tumpukan perhatian kepada peristiwa2 yang berlaku masa zaman revolusi ke-3 yang menyebabkan tercetusnya zaman revolusi ke-4: Perang Pembebasan Nasional Anti-British pada tahun 1948 dan tertubuhnya Tentera Pembebasan Nasional Malaya.

Interview dalam The Fairly Current Show





Temubual pasal Revolusi '48 dan Emergency Festival dalam program online talkshow The Fairly Current Show. Siap nyanyi satu lagu revolusioner (maaf suara sumbang). Cuba teka lagu apa?

Khamis, Oktober 16, 2008

Sekolah Revolusi Malaya (bermula hari ni!)

Bosan dengan kelas sejarah di bilik darjah sekolah?

Bengang dengan kandungan pembelajaran sejarah yang tak cerita pasal sejarah perjuangan revolusi rakyat?

Tensyen dengan cikgu-cikgu sejarah yang tak cukup radikal dan membosankan?



Mendaftarlah sekarang ke
SEKOLAH REVOLUSI MALAYA di Emergency Festival!
11 siri kelas percuma tentang Sejarah Radikal Malaysia.

Fahmi Reza (pengarah 10 Tahun Sebelum Merdeka & Revolusi '48) akan menceritakan sejarah tersembunyi Revolusi Malaya dalam 11 sesi kuliah dengan bantuan gambar sejarah, video arkib, video temubual, lagu revolusioner dan macam-macam lagi lah benda-benda yang best. Setiap hari dengan topik yang berbeza tentang Revolusi Malaya 1948-1957.

Khas untuk mereka yang ingin memahami episod sejarah dokumentari Revolusi '48 dengan lebih mendalam. Turut disertakan: 'deleted scenes' dari Revolusi '48!

Setiap sesi kelas terhad kepada 20 orang pelajar sahaja.

Kuliah dijalankan dalam Bahasa Malaysia.

Tarikh: 16-26 Okt 2008
Masa: Lihat jadual di bawah
Tempat: The Annexe Gallery, Central Market Annexe, KL

------------------------------------------------------------
Jadual waktu kelas Sejarah Radikal Malaysia Siri 1:
Revolusi Malaya 1948-1957
------------------------------------------------------------

Khamis, 16 Okt, 5-6 pm: Asal-usul revolusi
Jumaat, 17 Okt, 5-6 pm: Perang Pembebasan Nasional Malaya
Sabtu, 18 Okt, 2-3pm: Program Republik Demokratik Rakyat Malaya
Ahad, 19 Okt, 2-3 pm: Ideologi revolusioner
Isnin, 20 Okt, 6:30-7:30 pm: Hartal Se-Malaya
Selasa, 21 Okt, 5-6 pm: Propaganda & lagu revolusioner
Rabu, 22 Okt, 5-6 pm: Strategi perang gerila Malaya
Khamis, 23 Okt, 5-6 pm: Mangsa2 revolusi
Jumaat, 24 Okt, 5-6 pm: Counter-revolution
Sabtu, 25 Okt, 2-3pm: Tokoh Revolusi (dengan tetamu istimewa)
Ahad, 26 Okt, 2-3pm: Pembebasan Malaya (dengan tetamu istimewa)

Selasa, Oktober 14, 2008

Artikel dalam akhbar The Sun

Artikel pasal Revolusi '48 oleh Bissme S dalam akhbar The Sun, Selasa, 14 Okt 2008. Klik pada imej untuk besarkan gambar & baca.

Ahad, Oktober 12, 2008

Artikel dalam akhbar The Star & NST

Artikel pasal Emergency Festival & Revolusi '48 dalam akhbar The Star & NST. Klik pada tajuk artikel untuk baca.

History Comes Alive In Emergency Festival!
oleh Ian Yee
The Star, Jumaat, 10 Okt 2008

It’s an Emergency
oleh Andrew Sia
Sunday Star, Ahad, 12 Okt 2008

Young Views
oleh Aref Omar
New Sunday Star, Ahad, 12 Okt 2008

Sabtu, Oktober 04, 2008

Lagu 'Kami Tentera Pembebasan Nasional'


Enam bulan lepas revolusi dilancarkan, iaitu pada 1 Februari 1949, tentera revolusi telah dirasmikan menjadi Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) dengan 8 Rejimen ditubuhkan di seluruh Malaya. TPNM kemudian bertambah menjadi 12 Rejimen, termasuklah Rejimen ke-10, pasukan bersenjata khas Melayu yang ditubuhkan di Pahang pada 21 Mei 1949.

Rejimen pertama - Selangor
Rejimen ke-2 - Negeri Sembilan
Rejimen ke-3 - Johor utara & Melaka
Rejimen ke-4 - Johor selatan
Rejimen ke-5 - Perak
Rejimen ke-6 - Pahang barat
Rejimen ke-7 - Terengganu & Pahang timur
Rejimen ke-8 - Kedah, Perlis & Penang
Rejimen ke-9 - Johor sentral
Rejimen ke-10 - Pahang selatan
Rejimen ke-11 - Pahang utara
Rejimen ke-12 - Kelantan & Perak utara

Lagu 'Kami Tentera Pembebasan Nasional' ini antara lagu2 revolusioner Rejimen ke-10 TPNM yang digubah oleh Mustafa Yahya dengan senikatanya oleh Johan semasa tempoh Perang Pembebasan Nasional Anti-British 1948-1957.

Audio lagu di bawah ni dinyanyikan oleh Pak Bulat tanpa iringan muzik, dirakam waktu sesi temubual untuk dokumentari Revolusi '48.



Kami Tentera Pembebasan Nasional

Kami Tentera Pembebasan Nasional
Selalu sedia untok membela nusa
Kalau musoh choba dekat menganchamkan ra'ayat
Biar bercherai badan dan nyawa untok pembebasan ra'ayat
Siapa berani choba menentang angkat tangan rampas senjata

Kami Tentera Pembebasan Nasional
Selalu bersiap bersedia bertempor
Biar tanah padang rumput berlumoran darah
Itulah kewajipan kami sebagai pembela ra'ayat
Biar negeri hanchor terbakar asal jangan dijajah lagi

Kami Tentera Pembebasan Nasional
Mara kehadapan di garisan muka
Siap menyerang musoh hingga hanchor lebor
Tentera Pembebasan Nasional chukop kuat semangat waja
Membentok Republik Ra'ayat kekal hidupnya abadi

Khamis, Oktober 02, 2008

Lagu 'Kami Laskar Rakyat Yang Mulia'


Mana ada revolusi yang lengkap tanpa lagu2 revolusioner!

Lagu 'Kami Laskar Rakyat Yang Mulia' ini mereka tulis khas buat Laskar Rakyat, juga dikenali sebagai Tentera Tani, sebuah gerakan penyokong revolusi di kawasan kampung yang bergerak sebagai 'pekerja massa' secara underground di kalangan rakyat. Sesetengah mereka juga akan diserap masuk ke dalam pasukan bersenjata untuk menyertai Tentera Pembebasan Nasional Malaya.

Lagu ini diambil dari koleksi lagu2 Rejimen ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya yang dirakam oleh Suara Revolusi Malaya.



Kami Laskar Rakyat Yang Mulia

Kami laskar rakyat yang mulia
Sebelah tangan pegang senapang
Sebelah tangan pegang baja
Berrevolusi untuk pembebasan

Giatlah, giatlah
Di garis belakang bercucuk tanam
Maralah, maralah
Ke garis depan ganyang musuh

Rabu, Oktober 01, 2008

Selamat Hari Raya


Salam Aidilfitri buat pejuang2 revolusi Pak Abdullah CD, Ibu Suriani, Pak Sibar, Makcik Minah, Pak Syukur, Pak Waimin, Pak Hatta, Pak Duwi, Makcu, Pak Asmat, Pak Mamat, Makcik Atom dan semua perajurit2 Rejimen ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin.