Jumaat, Oktober 17, 2008

SRM - Hari Pertama

Hari pertama Sekolah Revolusi Malaya (SRM) berjalan lancar. 13 orang pelajar datang ke kelas semalam pasal asal-usul Revolusi. Sekolah ni takde papan hitam atau whiteboard, jadi aku terus conteng atas dinding. Aku akan terus menconteng tiap2 hari masa kuliah sehingga dinding ni penuh dengan nota2 sejarah Revolusi Malaya!

Foto oleh Amanda
Foto oleh Grey

Kelas semalam kita bincangkan tentang struktur kelas dalam masyarakat, sistem order politik dan order ekonomi lama yang berubah dari bentuk feudal kepada kapitalisme kolonial, dan tradisi perjuangan, ideologi politik dan perkembangan sejarah sehingga tertubuhnya parti revolusioner pertama di Malaya, Parti Komunis Malaya (PKM) pada 30 April 1930.

Kemudian kita bincangkan 3 zaman revolusi yang dilalui oleh PKM:
Zaman Revolusi Pertama:
1930-1941: Perjuangan buruh bawah tanah
Zaman Revolusi Ke-2:
1941-1945: Perang Pembebasan Nasional Anti-Jepun
Zaman Revolusi Ke-3:
1945-1948: Perjuangan secara damai (United Front)

Kelas hari ni, Jumaat 17hb, kita akan tumpukan perhatian kepada peristiwa2 yang berlaku masa zaman revolusi ke-3 yang menyebabkan tercetusnya zaman revolusi ke-4: Perang Pembebasan Nasional Anti-British pada tahun 1948 dan tertubuhnya Tentera Pembebasan Nasional Malaya.

7 ulasan:

Dhani berkata...

conteng kat dinding eh? giler cool... :)

Tanpa Nama berkata...

ko kena buat kelas malam sekalilah fahmi.. susah orang yang kerja 9pg-5tg macam aku nak pegi..

wan

Tanpa Nama berkata...

where is the download link for the documentary?

Aes berkata...

Ada tak alternatif untuk budak2 (like me) yang tak dapat join kelas2 tu. Susahlar nak join sebab ade classes nd malas keluar petang. Hehe.

xmizanx berkata...

common bro lets started it...

Tanpa Nama berkata...

Fahmi, SRM punya footage dari hari pertama sampai yang terakhir boleh diuploadkan dalam blog ni atau diyoutubekan tak?

Aku baru pergi 2kali ja, terlepas pulak sesi2 yang lain sbb tak ada masa.. Rugi tul...

Fahmi Reza berkata...

Amy, buat masa ni takde plan nak upload video sesi SRM dalam Youtube.

Tujuan kita rakam pun sebenarnya untuk tujuan dokumentasi aje.

Biar aku review semula footages SRM. Kalau sesuai dan kualitinya ok, aku akan cuba edit & upload dalam Youtube.