Selasa, Oktober 21, 2008

Tayangan Revolusi '48 @ Emergency Festival

Foto oleh Sze Ning

Terima kasih bagi semua yang datang ke tayangan kat Annexe Isnin lalu. Bagi yang sudah menonton draf pertama Revolusi '48, sila tinggalkan komen dan kritikan kamu kat sini agar boleh membantu aku untuk menyusun semula dan memperbaiki filem ini. Bagi yang belum menonton, kamu ada sehingga hari Ahad, 26 Oktober untuk tonton draf pertama Revolusi '48 masa Emergency Festival kat Annexe Central Market.

Bagi orang di luar KL yang tak dapat datang ke tayangan, versi lengkap Revolusi '48 akan mula di Youtube kan dalam bulan November.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

congratulations atas movie ko. aku betul betul appreciate apa yg ko cuba lakukan. okay,aku adalah salah seorang yang datang pada hari itu, dan bagi aku,movie ko best,cuma mungkin expectations orang yg terlalu tinggi terhadap ko,so,people will actually expect more. and for me,that's is normal. so,aku akan listkan dekat ko apa yg aku rasa bila aku tengok movie ko.

1. takda subtitle. tapi,ko dah cakap yg proper movie will actually nanti subtitle,so,aku hope yg proper punya release ada subtitle.

2. quite weak story line. ini pendapat aku, mungkin orang lain tak berapa setuju. apa yg aku expect, ko ada menceritakan apa sebenarnya perjuangan komunis(dgn lebih details) dan bagaimana kehidupan mereka sekarang, tapi,aku rasa ko takda tunjukkan sangat. tapi,to be fair,mungkin sebab takda subtitle,so,aku tak dapat berapa tangkap,apa yg para pejuang itu katakan.

3. to many footage hitam putih yg dulu dulu. tak salah,cuma aku tak nampak sangat signifikasinya dengan perjuangan komunis , dan kalau ada,aku rasa ko tak berapa menyampaikannya dengan baik, secara peribadi,aku keliru.

4. interview. aku mengharapkan ko akan mengeluarkan semua interview yg ko dah buat, maksud aku, yg 13 orang yg ko interview. tapi,ko hanya mengeluarkan 3 orang sahaja. dan aku tak kenal yg 3 orang itu, yg kenal pun suriani sahaja, itu pun sekejap. aku punya expectations,ko akan memunculkan orang yg lebih kenali, seperti abdullah c.d or especially orang yg dah mengeluarkan memoir mereka. bukan apa, orang macam aku akan rasa lagi dekat kalau ko interview orang yg kita dah baca sikit sikit tentang memoir dia.

5.aku really hope your movie will at least become more better than apa khabar orang kampung (amir muhammad),for the time being, aku tak rasa begitu lagi,tapi,seperti yg ko cakap, it is a first draft, so,ak ureally hope the proper one will become more betterlah.

so,itu basically aku punya komen, apa apa pun, tahniah,good efforts and aku really really applaud apa yg ko dah buat.

wan aswadi

Tanpa Nama berkata...

ulasan teater operasi oktober dan revolusi 48 bole bacer kat:

http://diskopi.wordpress.com

blog budak-budak local U. macam-macam yang kami tulis. dari yang lepak, santai sampailah yang serius giler. ader banyak debat-debat menarik. nak dengar lagu/muzik pon ader.

ditulis dalam trilingual - bm, bi dan jugak manglish. hehehe. jemput le melawat. kalo suker blog kami, kasi tahu member-member lain.

timer kaseh.

Kieng Meng berkata...

sila baca ulasan aku dibwh:

1- ko berjaya sampaikan message, tp kalau boleh bagi padat dengan fakta-fakta yg diambil dari temu bual tu. sbb bile aku tgk film hari tu, aku rasa mcm ada kekurangan dari segi fakta yang boleh counter balik pemikiran kita skrg yg katakan komunis ni jahat, kejam, pengganas. Ya, aku ada perasan (aku x ingat watak dlm film tu sapa)

2- dari segi pengolahan cerita pon aku rasa, kurang lah. tak menarik sangat. mungkin sebab 1st draft kot? bagi ada feel revolusi sikit, mcm x terangkatlah lepas habis tgk. sebelum aku gi tengok, aku expect yg ko ceritakan sejarah perjuangan diorg, apa sebenarnya yg diperjuangkan (aku rasa ada time interview), dan timeline revolusi. apa yg berlaku pada tarikh ini, so kita boleh nmpk perjalanan revolusi nie dan orang akan lebih faham apa sebenarnya terjadi..

3- macam ada mamat ari tu cakap, ending kureng..spt yg tertulis diatas, kena ikut feel revolusi lah..

4- aku sgt2 harap, ko dpt lebihkan cerita mengenai fakta..aku rasa semua ada dlm sesi temu bual tu..tp mcm x byk..cth: dlm bukit kepong, imej komunis nie rampas makanan dekat kampung2, ada tali barut sume tu..dlm cite sebenar berlandaskan temu bual, apa yang diorg cakap?ada counter x?

walau apa pun. tahniah..u did a great job..im really glad u made this kind of documentary...

Tanpa Nama berkata...

versi Download tak der lagi ker Format AVi

Tanpa Nama berkata...

Since aku datang dari Ipoh, tak dapatla aku join sekolah revolusi tapi aku dapat tengok hasil buah tangan ko fahmi hari ni dan aku rasa ok. Mungkin lepas ko settle yang betulnya nanti akan lebih baik. Tapi aku agak terkilan tak dapat join sekolah tu sebab banyak benda aku nak tanya. Walaubagaimanapun dapat bertanya secara peribadi kepada chou tong hari ni pun aku rasa ada kepuasan. Cuma ada benda aku nak share pasal bukit kepong tapi takde sesi soal jawab dan chou tong pun dah nak balik aku pun tak jadi nak kongsilah. Anyway aku terharu tengok ko terharu dengan apa yang terjadi pada chou tong yang hanya memiliki ic merah berbeza dengan kita semua. Congratulation to you for this effort….bosan belajar sejarah kat sekolah dulu2

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum w.b.t., dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali, setinggi-tinggi ucapan tahniah lah aku nak ucapkan kepada Fahmi Reza, the Group of 7, Five Arts Centre dan semua orang dan krew-krew yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan filem dan juga art exhibition di Festival 'Darurat'/Emergency 48 yang baru saja diadakan. Saya dapat tahu pasal festival ini sebab jumpa poster festival ni dekat Sunway College.

Pendapat saya:

Filem
Merujuk kepada komen #1, saya kurang setuju dengan beberapa kritikannya yang menyatakan bahawa:

1. Tiada subtitle?
Setahu saya, bukankah filem itu dipenuhi dengan subtitle - Bahasa Inggeris dan B. Malaysia dari awal hingga akhir? Di sini, saya ingin menghargai usaha-usaha Fahmi & geng yang telah menterjemahkan setiap dialog dll. kepada B.I/B.M dengan tepat dan jelas. Ada beberapa penonton yang berlainan bangsa dan ada juga berasal dari negara luar pasti boleh memahami filem ini.

2. Sinematografi Filem (Film Cinematography)
Pada pendapat saya, sound, camera angles, editing memang telah jelas diatur dan disunting dengan kemas, dan juga terperinci.

Apa yang lagi menarik minat saya apabila menonton filem ini adalah terdapat pelbagai klip-klip video zaman 40-an dan 50-an yang mungkin diambil dari arkib (kalau tak silap) yang jarang ditonton di mana-mana sebelum ini - di RTM atau filem-filem yang lama. Untuk usaha ini, saya berikan tepukan yang gemuruh dan saya rasa klip-klip video yang lama itu memberi signifikan dan impak yang besar - terutama lagi saya amat terkejut apabila melihat Deklarasi Kemerdekaan oleh T.A.R yang juga disiarkan dalam warna (sebab yang sering dilihat adalah hitam putih sahaja!) dan ini menimbulkan pertanyaan bahawa mesti ada lagi klip-klip video atau rahsia yang tersimpan di arkib atau yang disimpan oleh Kerajaan Malaysia. (pendapat saya sahaja).

Pameran Seni

Konsep seni yang dipamerkan dalam 12 years itu memang menarik dan juga susunan kertas-kertas manifesto British yang telah disusun bertingkat-tingkat itu memang sebuah seni yang klasik dan telah menyampaikan mesej dengan jelas dan banyak memberi pengajaran kepada orang-orang yang hadir.

Apa yang diharapkan di masa hadapan?
- Mungkin tayangkan di RTM atau GSC/TGV/Cathaycineplex atau mana-mana yang dapat menarik dan mendidik lebih RAMAI (walaupun yang kali ni pun dah agak ramai sambutan) orang untuk datang tengok dan participate.

Dan pada pendapat saya, di Malaysia ada ramai sejarawan-sejarawan yang bukan sahaja yang veteran-veteran tetapi ada ramai anak-anak muda yang telah mengkaji dan mendalami Sejarah tetapi tidak berkesempatan untuk berkongsi maklumat dan pendapat tentang Darurat ini. Kalau lagi ramai datang, lagi banyak lah isu yang boleh dibincangkan,dan mesti lagi menarik.

Konklusi
Saya rasa festival macam ni memang bawak banyak manfaat dan way of approaching the people korang memang sesuai dengan zaman kontemporari, iaitu melalui Seni, Theatre, dan juga Filem. Kalau cara ini, barulah anak-anak muda sekarang rasa berminat dan lagi gemar mengambil bahagian dalam benda-benda indie macam ni.
Jadi, tahniah dan terima kasih lah atas usaha korang yang bergunung-ganang ni dan harap-harap usaha ni dapat diteruskan, kalau nak pertolongan luar contact lah, kita sedia membantu.

Tanpa Nama berkata...

untuk pengetahuan saudara, pada hari pertama tayangan,dokumentari ni takda subtitle. clearly you did not come on the first screening of the movie!:)

the subtitle is being added later.

wan aswadi.

Unknown berkata...

great dan smart...allthe best

Tanpa Nama berkata...

Untuk ditayangkan di tempat lebih terbuka adalah sesuatu yang mustahil. Pihak tertentu pasti akan menghalang apa jua bentuk perkara yang seolah-olah mengubah sejarah yang pihak tertentu mengubahnya. Masyarakat kita belum bersedia kerana taboo mereka terhadap PKM. Old people they have problem with PKM sebab propaganda yang di tanam sejak dulu lagi. Anak-anak muda yang lebih terbuka tentang perkara ini. Satu perkara lagi yang menarik perhatian aku ialah tak banyak budak melayu??? Atau mungkin aku hanya sempat datang last day punya screening so x nampaklah bebudak melayu ni atau memang takde. maybe somebody can verify this matter.Hopefully we can get the complete version of Revolusi 48 very soon. can't wait to watch the complete version. Congrats to Fahmi and thank you very much for those who put their life in risk to free this beloved country from the british....