Pada 20 Jun 1948, beratus-ratus anak muda dari kalangan buruh dan petani telah menubuhkan pasukan-pasukan gerila di seluruh Malaya dengan matlamat untuk menumbangkan rejim kolonial British yang telah kembali bermaharajalela menindas gerakan kemerdekaan rakyat sepuluh tahun sebelum merdeka. Filem dokumentari ini menceritakan sejarah perjuangan individu-individu yang telah menyertai revolusi nasional untuk membebaskan Malaya dari penjajahan semasa Revolusi '48.