Sebenarnya idea untuk filem dokumentari ini dah muncul masa yang sama aku terfikir untuk buat filem 10 Tahun Sebelum Merdeka.
Rancangan asal nak buat satu dokumentari panjang tentang sejarah gerakan anti-kolonial golongan kiri di Malaya. Bermula dengan penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) tahun 1930, Kesatuan Melayu Muda (KMM) tahun 1938 diikuti gerakan anti-Jepun masa Perang Dunia Kedua, kemudian perjuangan berperlembagaan PUTERA-AMCJA lepas perang dan berakhir dengan perjuangan bersenjata dari 1948 hingga Merdeka tahun 1957.
Memikirkan betapa panjangnya dokumentari tu nanti, dan juga sebab waktu tu aku belum ada pengalaman bikin filem, jadi aku fikir lebih baik aku pecahkan menjadi 3 episod dan cuba siapkan satu dulu.
Episod 1: Kebangkitan gerakan kiri 1930-1945
Episod 2: Perjuangan berperlembagaan 1945-1948
Episod 3: Perjuangan revolusi bersenjata 1948-1957
Antara tiga episod ni, aku pilih untuk buat episod 2 dulu sebab aku kira kisah Perlembagaan Rakyat dan Hartal Se-Malaya 1947 sangat sesuai diceritakan sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan tahun lepas yang selalunya hanya mengetengahkan perjuangan pihak kanan. Aku fikir menarik untuk ketengahkan sumbangan pihak kiri dalam sejarah perjuangan kemerdekaan negara kita yang masih ramai belum tahu.
Jadi anggaplah filem 10 Tahun Sebelum Merdeka sebagai episod 2 dan filem Revolusi ’48 ni sebagai sequel, episod 3 dalam epik sejarah gerakan kiri Malaya.
Prequel episod 1 kena tunggu lain kali.
Ahad, Mei 04, 2008
Sabtu, Mei 03, 2008
Langgan:
Catatan (Atom)