Kepada semua yang menunggu versi akhir filem Revolusi '48, harap bersabar. Aku tengah sibuk dengan kerja lain sekarang (kerja cari makan). Hanya lepas kerja tu selesai baru aku boleh sambung menyunting Revolusi '48. Aku hanya perlu edit semula beberapa bahagian dalam versi first draft, dan masukkan beberapa babak baru sebelum boleh dikeluarkan.
Jangan risau, Revolusi '48 akan disebarkan secara percuma online, macam 10 Tahun Sebelum Merdeka dulu. Cuma belum pasti nak letak kat mana. Sila bagi cadangan cara terbaik untuk aku share filem ni online, selain dari Youtube dan bitTorrent.
Kalau kamu mahu diberitahu bila Revolusi '48 dah online nanti, sila hantar emel kepada revolusi48@gmail.com dengan tajuk "Aku mau revolusi".
Sebagai ganjaran kerana sabar menunggu, ini dia lagu tema Revolusi '48 nyanyian Black yang dicipta khas untuk filem ini.
Khamis, Disember 04, 2008
Rabu, November 12, 2008
Review Revolusi48 di Embrace Malaysiana
Gombak Rock dari blog Embrace Malaysiana telah menulis satu artikel pasal filem Revolusi '48.
Klik sini untuk baca: Revolusi '48: Review of the "1st draft"
Klik sini untuk baca: Revolusi '48: Review of the "1st draft"
Khamis, November 06, 2008
Artikel dalam majalah New Man, Nov 2008
Artikel pasal Revolusi '48 oleh Michelle Gunaselan (Projek Malaysia) dalam majalah New Man, November 2008. Klik pada imej thumbnail untuk besarkan gambar & baca.
Rabu, November 05, 2008
Review Revolusi48 di Shahnon.com
Shahnon dari blog shahnon.com telah menulis satu artikel pasal filem Revolusi '48.
Klik sini untuk baca: Revolusi 48 (Malayan Revolution)
Klik sini untuk baca: Revolusi 48 (Malayan Revolution)
Sabtu, November 01, 2008
Review Revolusi48 di 我的私房地图
林悦 dari blog 我的私房地图 telah menulis satu artikel pasal filem Revolusi '48.
Klik sini untuk baca: Revolusi 48
Klik sini untuk baca: Revolusi 48
Jumaat, Oktober 31, 2008
Review Revolusi48 di Malaysiakini
Amin Iskandar dari Malaysiakini telah menulis satu artikel pasal filem Revolusi '48.
Klik sini untuk baca: Membongkar Sejarah Revolusi '48
Klik sini untuk baca: Membongkar Sejarah Revolusi '48
Rabu, Oktober 22, 2008
Review Revolusi48 di Diskopi
Tuju Malbaru dari blog Diskopi telah menulis satu artikel pasal filem Revolusi '48.
Klik sini untuk baca: Revolusi 48: Membakar Semangat Anak Muda!
Klik sini untuk baca: Revolusi 48: Membakar Semangat Anak Muda!
Selasa, Oktober 21, 2008
Tayangan Revolusi '48 @ Emergency Festival
Foto oleh Sze Ning
Terima kasih bagi semua yang datang ke tayangan kat Annexe Isnin lalu. Bagi yang sudah menonton draf pertama Revolusi '48, sila tinggalkan komen dan kritikan kamu kat sini agar boleh membantu aku untuk menyusun semula dan memperbaiki filem ini. Bagi yang belum menonton, kamu ada sehingga hari Ahad, 26 Oktober untuk tonton draf pertama Revolusi '48 masa Emergency Festival kat Annexe Central Market.
Bagi orang di luar KL yang tak dapat datang ke tayangan, versi lengkap Revolusi '48 akan mula di Youtube kan dalam bulan November.
Jumaat, Oktober 17, 2008
SRM - Hari Pertama
Hari pertama Sekolah Revolusi Malaya (SRM) berjalan lancar. 13 orang pelajar datang ke kelas semalam pasal asal-usul Revolusi. Sekolah ni takde papan hitam atau whiteboard, jadi aku terus conteng atas dinding. Aku akan terus menconteng tiap2 hari masa kuliah sehingga dinding ni penuh dengan nota2 sejarah Revolusi Malaya!
Kelas semalam kita bincangkan tentang struktur kelas dalam masyarakat, sistem order politik dan order ekonomi lama yang berubah dari bentuk feudal kepada kapitalisme kolonial, dan tradisi perjuangan, ideologi politik dan perkembangan sejarah sehingga tertubuhnya parti revolusioner pertama di Malaya, Parti Komunis Malaya (PKM) pada 30 April 1930.
Kemudian kita bincangkan 3 zaman revolusi yang dilalui oleh PKM:
Zaman Revolusi Pertama:
1930-1941: Perjuangan buruh bawah tanah
Zaman Revolusi Ke-2:
1941-1945: Perang Pembebasan Nasional Anti-Jepun
Zaman Revolusi Ke-3:
1945-1948: Perjuangan secara damai (United Front)
Kelas hari ni, Jumaat 17hb, kita akan tumpukan perhatian kepada peristiwa2 yang berlaku masa zaman revolusi ke-3 yang menyebabkan tercetusnya zaman revolusi ke-4: Perang Pembebasan Nasional Anti-British pada tahun 1948 dan tertubuhnya Tentera Pembebasan Nasional Malaya.
Foto oleh Amanda
Foto oleh Grey

Interview dalam The Fairly Current Show
Temubual pasal Revolusi '48 dan Emergency Festival dalam program online talkshow The Fairly Current Show. Siap nyanyi satu lagu revolusioner (maaf suara sumbang). Cuba teka lagu apa?
Khamis, Oktober 16, 2008
Sekolah Revolusi Malaya (bermula hari ni!)
Bosan dengan kelas sejarah di bilik darjah sekolah?
Bengang dengan kandungan pembelajaran sejarah yang tak cerita pasal sejarah perjuangan revolusi rakyat?
Tensyen dengan cikgu-cikgu sejarah yang tak cukup radikal dan membosankan?
Mendaftarlah sekarang ke
SEKOLAH REVOLUSI MALAYA di Emergency Festival!
11 siri kelas percuma tentang Sejarah Radikal Malaysia.
Fahmi Reza (pengarah 10 Tahun Sebelum Merdeka & Revolusi '48) akan menceritakan sejarah tersembunyi Revolusi Malaya dalam 11 sesi kuliah dengan bantuan gambar sejarah, video arkib, video temubual, lagu revolusioner dan macam-macam lagi lah benda-benda yang best. Setiap hari dengan topik yang berbeza tentang Revolusi Malaya 1948-1957.
Khas untuk mereka yang ingin memahami episod sejarah dokumentari Revolusi '48 dengan lebih mendalam. Turut disertakan: 'deleted scenes' dari Revolusi '48!
Setiap sesi kelas terhad kepada 20 orang pelajar sahaja.
Kuliah dijalankan dalam Bahasa Malaysia.
Tarikh: 16-26 Okt 2008
Masa: Lihat jadual di bawah
Tempat: The Annexe Gallery, Central Market Annexe, KL
------------------------------------------------------------
Jadual waktu kelas Sejarah Radikal Malaysia Siri 1:
Revolusi Malaya 1948-1957
------------------------------------------------------------
Khamis, 16 Okt, 5-6 pm: Asal-usul revolusi
Jumaat, 17 Okt, 5-6 pm: Perang Pembebasan Nasional Malaya
Sabtu, 18 Okt, 2-3pm: Program Republik Demokratik Rakyat Malaya
Ahad, 19 Okt, 2-3 pm: Ideologi revolusioner
Isnin, 20 Okt, 6:30-7:30 pm: Hartal Se-Malaya
Selasa, 21 Okt, 5-6 pm: Propaganda & lagu revolusioner
Rabu, 22 Okt, 5-6 pm: Strategi perang gerila Malaya
Khamis, 23 Okt, 5-6 pm: Mangsa2 revolusi
Jumaat, 24 Okt, 5-6 pm: Counter-revolution
Sabtu, 25 Okt, 2-3pm: Tokoh Revolusi (dengan tetamu istimewa)
Ahad, 26 Okt, 2-3pm: Pembebasan Malaya (dengan tetamu istimewa)

Selasa, Oktober 14, 2008
Artikel dalam akhbar The Sun
Ahad, Oktober 12, 2008
Artikel dalam akhbar The Star & NST
Artikel pasal Emergency Festival & Revolusi '48 dalam akhbar The Star & NST. Klik pada tajuk artikel untuk baca.
History Comes Alive In Emergency Festival!
oleh Ian Yee
The Star, Jumaat, 10 Okt 2008
It’s an Emergency
oleh Andrew Sia
Sunday Star, Ahad, 12 Okt 2008
Young Views
oleh Aref Omar
New Sunday Star, Ahad, 12 Okt 2008

Sabtu, Oktober 04, 2008
Lagu 'Kami Tentera Pembebasan Nasional'
Enam bulan lepas revolusi dilancarkan, iaitu pada 1 Februari 1949, tentera revolusi telah dirasmikan menjadi Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) dengan 8 Rejimen ditubuhkan di seluruh Malaya. TPNM kemudian bertambah menjadi 12 Rejimen, termasuklah Rejimen ke-10, pasukan bersenjata khas Melayu yang ditubuhkan di Pahang pada 21 Mei 1949.
Rejimen pertama - Selangor
Rejimen ke-2 - Negeri Sembilan
Rejimen ke-3 - Johor utara & Melaka
Rejimen ke-4 - Johor selatan
Rejimen ke-5 - Perak
Rejimen ke-6 - Pahang barat
Rejimen ke-7 - Terengganu & Pahang timur
Rejimen ke-8 - Kedah, Perlis & Penang
Rejimen ke-9 - Johor sentral
Rejimen ke-10 - Pahang selatan
Rejimen ke-11 - Pahang utara
Rejimen ke-12 - Kelantan & Perak utara
Lagu 'Kami Tentera Pembebasan Nasional' ini antara lagu2 revolusioner Rejimen ke-10 TPNM yang digubah oleh Mustafa Yahya dengan senikatanya oleh Johan semasa tempoh Perang Pembebasan Nasional Anti-British 1948-1957.
Audio lagu di bawah ni dinyanyikan oleh Pak Bulat tanpa iringan muzik, dirakam waktu sesi temubual untuk dokumentari Revolusi '48.
Kami Tentera Pembebasan Nasional
Kami Tentera Pembebasan Nasional
Selalu sedia untok membela nusa
Kalau musoh choba dekat menganchamkan ra'ayat
Biar bercherai badan dan nyawa untok pembebasan ra'ayat
Siapa berani choba menentang angkat tangan rampas senjata
Kami Tentera Pembebasan Nasional
Selalu bersiap bersedia bertempor
Biar tanah padang rumput berlumoran darah
Itulah kewajipan kami sebagai pembela ra'ayat
Biar negeri hanchor terbakar asal jangan dijajah lagi
Kami Tentera Pembebasan Nasional
Mara kehadapan di garisan muka
Siap menyerang musoh hingga hanchor lebor
Tentera Pembebasan Nasional chukop kuat semangat waja
Membentok Republik Ra'ayat kekal hidupnya abadi
Khamis, Oktober 02, 2008
Lagu 'Kami Laskar Rakyat Yang Mulia'
Mana ada revolusi yang lengkap tanpa lagu2 revolusioner!
Lagu 'Kami Laskar Rakyat Yang Mulia' ini mereka tulis khas buat Laskar Rakyat, juga dikenali sebagai Tentera Tani, sebuah gerakan penyokong revolusi di kawasan kampung yang bergerak sebagai 'pekerja massa' secara underground di kalangan rakyat. Sesetengah mereka juga akan diserap masuk ke dalam pasukan bersenjata untuk menyertai Tentera Pembebasan Nasional Malaya.
Lagu ini diambil dari koleksi lagu2 Rejimen ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya yang dirakam oleh Suara Revolusi Malaya.
Kami Laskar Rakyat Yang Mulia
Kami laskar rakyat yang mulia
Sebelah tangan pegang senapang
Sebelah tangan pegang baja
Berrevolusi untuk pembebasan
Giatlah, giatlah
Di garis belakang bercucuk tanam
Maralah, maralah
Ke garis depan ganyang musuh
Rabu, Oktober 01, 2008
Selamat Hari Raya
Salam Aidilfitri buat pejuang2 revolusi Pak Abdullah CD, Ibu Suriani, Pak Sibar, Makcik Minah, Pak Syukur, Pak Waimin, Pak Hatta, Pak Duwi, Makcu, Pak Asmat, Pak Mamat, Makcik Atom dan semua perajurit2 Rejimen ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin.
Selasa, September 30, 2008
Revolusi '48 @ Emergency Festival!
Aku akan tayang Revolusi '48 buat pertama kali masa Emergency Festival! kat Annexe Gallery, Central Market, KL mulai Hari Hartal 20 Oktober 2008.
Tayangan FREE selama seminggu! Takde tiket takde cover charge. First come first served lah. Tempat terhad untuk 50 orang setiap hari.
Masa tayangan hari Khamis, 23 Oktober nanti aku rancang nak buat 'Director's Commentary' secara live serentak semasa filem ditayangkan. Maknanya aku akan bercakap & bercerita soal pembikinan filem, research yang aku buat, pasal pakcik2 yang ditemubual & macam2 lagi sambil korang tengok sedang menonton. Macam 'Bonus Special Features' dalam sesetengah movie DVD kat luar sanalah.
Selain filem Revolusi '48, ada macam2 program menarik masa Emergency Festival tu nanti macam teater 'Operasi Oktober' arahan Fahmi Fadzil dan 'New Village People & Pineapple Rice' arahan Hariati Azizan.
Disamping tu ada jugak pameran '12 Years' yang berkisar pasal sejarah Darurat di Malaya dari tahun 1948 hingga 1960 dari perspektif rakyat jelata.
Jadi kalau korang tak minat sejarah, sila lah jangan datang.
Tapi kalau nak datang jugak, klik sini untuk maklumat lanjut pasal Emergency Festival!
www.fiveartscentre.org
Isnin, September 29, 2008
Ahad, September 28, 2008
Tokoh Revolusi 4: Waimin
Jumaat, September 26, 2008
Tokoh Revolusi 3: Chou Tong
Artikel dari Malaysian Today, 28 Ogos 2008
Khamis, September 25, 2008
Rabu, September 24, 2008
Tokoh Revolusi 2: Minah
Nama sebenar: Siti Norkiah binti Mahmud Baginda
Nama revolusi: Minah
Umur: 82 tahun
Tempat lahir: Serambik Luar, Raub, Pahang
Masuk revolusi: 20 Jun 1948 (umur 22 tahun)
Pasukan gerila: Rejimen ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya
Gerakan politik: Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
Tokoh Revolusi 1: Mamat
Selasa, September 23, 2008
Ahad, Mei 04, 2008
10tahun: The Sequel
Sebenarnya idea untuk filem dokumentari ini dah muncul masa yang sama aku terfikir untuk buat filem 10 Tahun Sebelum Merdeka.
Rancangan asal nak buat satu dokumentari panjang tentang sejarah gerakan anti-kolonial golongan kiri di Malaya. Bermula dengan penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) tahun 1930, Kesatuan Melayu Muda (KMM) tahun 1938 diikuti gerakan anti-Jepun masa Perang Dunia Kedua, kemudian perjuangan berperlembagaan PUTERA-AMCJA lepas perang dan berakhir dengan perjuangan bersenjata dari 1948 hingga Merdeka tahun 1957.
Memikirkan betapa panjangnya dokumentari tu nanti, dan juga sebab waktu tu aku belum ada pengalaman bikin filem, jadi aku fikir lebih baik aku pecahkan menjadi 3 episod dan cuba siapkan satu dulu.
Episod 1: Kebangkitan gerakan kiri 1930-1945
Episod 2: Perjuangan berperlembagaan 1945-1948
Episod 3: Perjuangan revolusi bersenjata 1948-1957
Antara tiga episod ni, aku pilih untuk buat episod 2 dulu sebab aku kira kisah Perlembagaan Rakyat dan Hartal Se-Malaya 1947 sangat sesuai diceritakan sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan tahun lepas yang selalunya hanya mengetengahkan perjuangan pihak kanan. Aku fikir menarik untuk ketengahkan sumbangan pihak kiri dalam sejarah perjuangan kemerdekaan negara kita yang masih ramai belum tahu.
Jadi anggaplah filem 10 Tahun Sebelum Merdeka sebagai episod 2 dan filem Revolusi ’48 ni sebagai sequel, episod 3 dalam epik sejarah gerakan kiri Malaya.
Prequel episod 1 kena tunggu lain kali.

Sabtu, Mei 03, 2008
Langgan:
Catatan (Atom)